Aku masih belum lahir dari dunia. Perang. Kekacauan. Semua berakhir pada tarikh keramat itu oleh bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Stadium Merdeka menjadi saksi ribuan rakyat dimana Watikah Perlembagaan diserahkan menandakan naungan british ditanah melayu telah pun berakhir. Kemudian Tunku Abdul Rahman melaungkan MERDEKA sebanyak 7 kali dan disambut rakyat.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
31 Ogos 2013.
21 tahun aku di bumi Malaysia ini dan sudah 56 tahun Malaysia merdeka. Namun, bermacam ancaman masih berlaku. Global krisis, Jenayah, Pepecahan kaum even Pencerobohan yg baru-baru berlaku di Lahad Datu. Aku masih rase Malaysia is not 100% merdeka. Namun, selepas apa yg berlaku di Lahad Datu dan melihat negara luar yang kini berperang, telah mengajar aku erti kemerdekaan.
Negaraku,
Tanah tumpahnya dariku,
Rakyat hidup bersatu dan maju.
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysia :)
Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
