Suke celoteh saye klik sini ;)

The Queen

My photo
Nama aku Aisyah. Aku mempunyai pelbagai karakter. Menjaga hati orang bukan kepandaian aku. So, don't say I didn't warned you if you get hurt by my words. Hi ! Really pleasure to know you ;)

Saturday, February 22, 2014

Kawan hingga syurga

Jumaat; 21 Feb 2014

Kring kring. kring kring

Niat hati, malas aku nak jawab. Aku ni dah la penat baru balik kerja ade je yg ganggu "Hello. Siapa ni ? Hah ? Takde takde. Kau siapa ? Hah ? Apa ? Sir ? Kenapa sir ? Hah, oh tade laa. Saya tade pulak nombor bapak dia. Hah ? Serious ke sir ? Hahhh okay okay. Saya pergi sekarang !" Bodoh laa. Ish ape nii !! "Pehal dam ? Asal ?" Tanye akak aku. "Syaz, wey.! Syaz accident !" Aku serabut. Tak tahu nak buat ape. Dah la baru balik kerja, tak mandi lagi ni. Tidur pon tak cukup lagi sbb OT semalaman.

Aku masih tak percaya ape yang aku dengar tadi. Betul ke ni ? Ish. Arghh ! Aku baru jumpe dia pagi hantar aku balik. Ape ni ! Dalam keadaan macam ni aku gegas siap siap. Lantak la mandi ke tak. Sarung seluar jeans pendek dgn t-shirt. "Kak ! Ayah mane ayah ?" " Ayah, gi surau laa." Jawab akak aku. Argh ! Sape nak tolong ni. Hah ! Ziq jiran depan ade motor, mintak dia hantar.

Tut tut. Tut tut. "Hello? Ziq ! Kau sibuk ke ? Kat mane ? Hahhh, boleh tolong aku tak ? Urgent ni ! Mintak tolong hantar aku pergi rumah member aku. Hahh. Okay okay."

1 minit kemudian.

Tin tin ! Bunyi hon motor ziq. "Wey, kak pinjam duit sikit. Nak topup!" " Aku ade RM20 je ni. Nah la amik." Kakak aku bagi aku RM20, boleh la topup jap lagi. "Okay aku pergi dulu. Nanti bagitahu ayah tau !" " Okayy ! Papehal called aku !" Jawab kakak aku. Aku naik motor ziq pergi rumah syaz nak bagitahu berita duka cita yang aku sendiri masih tak percaya. Otak aku masih berlegar-legar nak cakap ape dengan keluarga dia nanti.

Sampai je rumah syaz, aku dengan berat hati ketuk pintu rumah "Assalamualaikum ! Pacik, pacik !" "Walaikumusalam, eh dam, kenapa? Syaz tade kat rumah la." Jawab ayah syaz. "Pacik, saya datang bukan nak cari Syaz, tapii, nak bagitahu Syaz accident. Sekarang kat hospital dalam wad ICU. Sir, tempat kita orang called saya tadi." Sayu aku sampaikan berita ni. Tak sampai hati. "Ya Allah! Betul ke ni nak? " tanya ayah Syaz.

Tiba-tiba, bunyi telefon rumah berdering "Hello?" " Hello, pacik ni ayah Syaz ?" "Ya, saya. Urm, encik ni siapa?" "Saya, doktor dari Hospital ni. Nak bagitahu encik yangg urmm" terhenti. Kelu seketika. "Takpe doktor, cakap je. Saya redha." tenang jawab ayah Syaz. "Hmm, baiklah, anak pacik dalam keadaan yang teruk. Maksud saya nazak. Peratus untuk dia hidup sangat nipis. Saya harap pacik banyakkan bersabar ye?" "Hahh, baiklah. Terima kasih doktor." Ayah Syaz bagitahu aku dia masih dalam wad. Tapi kondusinya sangat teruk. Aku takut. Sangat takut. Tapi tengok ayah Syaz tenang, aku terpaksa tabahkan diri. Aku kena kuat. Ya. Kuat. "Hello, kak! Doktor baru called ayah dia tadi, aku dgr pon tak sampai hati. Aku takut ni. Ishh." "Relax, jangan cepat melatah. Nothing is gonna happen dam. Kau kat mane? Rumah lagi ?" "Aaahhh, ish aku takut ni. Jap lagi, aku pergi hospital tau. Aku pergi dengan family dia" "Okay, okay nanti aku bagitahu ayah." Aku letak telefon lepas called kakak aku. Rasa tenang sikit. Ya, semua akan okay.

Kring kring. Aku nampak ayah Syaz jawab telefon dan muka ayah dia nampak sedih. Siapa yang called ? Kenapa dia sedih ? Tade apa apa yang burukkan ? "Dam, Syaz, Syaz, Syaz dah tade. Dia dah meninggal." Sebak ayah dia sampaikan. Dan aku, aku seorang lelaki, gugur air mata disaat berita itu disampaikan. "Hello, kak ! Syaz dah tade weyyyyy, dia dah meninggaaaalllllllll weyyyyy!!" raung aku disebalik telefon nokia c3. "Hello ? Hah ! Innalillahiwainnalilallahirajiun. Kau sabar dam. Banyak-banyakkan sabar" kakak aku cuba tenangkan aku disebalik telefon. Ya, aku ingin tabah, ingin sabar. Tapi aku tak mampu untuk semua tu. Aku tak cukup kuat.

Aku, ikut family Syaz ke rumah mayat. Arwah telah dipindahkan ke bilik mayat. Aku tunggu rakan-rakan yang lain sampai. Family Syaz masuk bilik mayat untuk membuat pengecaman. Saat itu, aku rasa kosong. Kemudian, ayahnya ajak aku ke balai polis sementara yang lain tunggu di bilik mayat. Aku ke balai polis teman ayah arwah. Dalam kekusutan tu, aku baru teringat aku nak topup handphone. Seluk kocek tengok duit yang kakak aku bagi dah hilang. Arghh ! Serabut. Kusut. Aku redha. Aku lemah.

Sabtu; 22 Feb 2014

Malam tadi aku balik lewat. Danny tumpang tidur rumah aku. Pagi harini aku dengan Danny gegas siap siap nak lawat jenazah buat kali terakhir. Kami ramai ramai gegas ke rumah arwah. Sampai sampai tengok keluarga arwah tengah siap siapkan tempat. Tak sampai beberapa minit, van jenazah dari hospital sampai. Jenazah diletakkan di ruang tamu. Aku sayu tengok arwah. Muka arwah bersih. Teringat beberapa hari lepas. Aku dengan arwah melepak berdua. Tengah berbual "Dam, aku harapkan, aku nak mati biarla dalam masa 2 hari. Satu, mase hari jumaat, dua masa puasa." Aku maki arwah sebab cakap pasal mati. Tapii, haihh. Tak semena air mata mengalir lagi. Sebak kalau diimbas kembali. Terlalu banyak kenangan kami bersama-sama. Datang lepak rumah, teman aku kat rumah kalau ibu ayah aku balik kampung, kerja sama-sama, balik sekolah sama-sama. Sebak.

Semua kenangan terimbas kembali.
"Dam, aku kan kalau boleh Alice awek aku tu biarlah aku nak masukkan dia islam wey." 
"Dam, kau tolongla aku kelentongkan kan boss cakap aku ade family matters nii. Aku bukan ape, tahun ni, aku tak pernah pon join mana mana acara agama weyy. Aku nak pergi maulidur rasul satuu je ni."
"Dam, nanti baju kerja aku ni kau amik jee. Pakai, aku pon bukan lamakannn."

Sebak bila teringat. Mungkin ini telah ditulis. Tuhan lebih sayangkan dia. Aku tatap, cium arwah. Aku lega arwah meninggal dalam keadaan tersenyum. Muka arwah bersih walaupun dalam badan hancur. Aku tolong angkat jenazah bersama rakan rakan kami sekolah yang lain. Takpa kami semua tak kisah. Sampai dikawasan perkeburan, pacik pengali kubur tanya "Ada sesiapa nak tolong kebumikan arwah? Kawan ke keluarga, sesiapa? Nih cangkul ni pacik letak sini. Siapa nak tolong kebumikan boleh amik cangkul ni." kata si penggali kubur. Aku dengan rakan-rakan termasuk abang arwah sama-sama kebumikan arwah. Segalanya kami buat demi arwah. Arwah rakan yang sangat periang. Aku dah takkan dengar gelak tawa bodoh arwah dah lepas ni. Haihh. Berat keluhan aku ni.

Selesai semuanya, aku balik dan aku tidur. Aku tidur kalau kalau ini cuma mimpi. Tapi disaat aku bangun arwah telah pun selamat kami kebumikan tadi. Aku redha. Kau pergi dengan kenangan yang kau tinggalkan. Kau tetap kawan kami hingga ke syurga.





P/S: Al-Fatihah buat kawan adik aku. Moga rohnya dicucuri rahmat. Moga adik aku kuat. Aku tahu kau menangis disaat pemergiaan nya. Tapi Allah lebih sayangkan dia dik. Aku bangga dengan kau sebab kau sanggup buat semua untuk arwah. Dari awal sampai la ke-akhir. Aku harap nanti aku pon ade kawan macam kau dik. Moga kau tabah.



The End