Suke celoteh saye klik sini ;)

The Queen

My photo
Nama aku Aisyah. Aku mempunyai pelbagai karakter. Menjaga hati orang bukan kepandaian aku. So, don't say I didn't warned you if you get hurt by my words. Hi ! Really pleasure to know you ;)

Wednesday, December 11, 2013

11/12/13

3.40PM

Petang Rabu yang mendung. Rabu tanggal 11/12/13 cuti umum Sultan Selangor dan hari Che Ta bersama Zain Saidin diijab kabulkan. Rabu yang sepatutnya aku duduk bersenang lenang diatas katil empuk bersama bantal rama-rama ku. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Bertingkek tingkek bak kate Waris kerja yang harus disiapkan. Bila nak habis pon aku tak pasti. Mungkin esok, lusa atau tulat. Mungkin juga dengan sedaya-upayanya harini juga bisa disiapkan ? MUNGKIN. Mungkin itu, mungkin ini dan segalanya mungkin. Tiada yang pasti.

Duduk diatas kerusi besi beralaskan kusyen yang kian menipis. Aku dapat rasa paku paku disebalik kerusi yang aku duduk ni. Tajam. Aku duduk jua untuk menyiapkan segala kerja, untuk mengulangkaji pelajaran, untuk melayari internet, untuk makan dan kadang-kadang untuk aku sekadar termenung jauh.

Duduk diatas kerusi beralaskan kusyen yang kian menipis, aku ditemani dgn alunan lagu faveret mp3 di Samsung SIII kesayangku, menaip detik-detik, saat saat aku pada hari RABU tanggal 11/12/13.

Apa yang istimewa tanggal ini sehingga semua org dilaman sosial terutama tuitder bangga-banggakan dan kecoh-kecohkan ? Ia sekadar tarikh sahaja. Tarikh yang dimana susunan nombornya tersusun. 11, 12, 13. Tapi jika anda tukar 12 kepada DECEMBER adakah ia istimewa ? Adakah bunyinya dibanggakan atau harus dikecohkan ? Cuba.

11hb Disember 2013. Ya, tiada yang istimewa. Bunyinya sangat mendatar dan hambar seperti tarikh tarikh yang lain.

Mungkin tarikh ini cantik susunan hingga bisa mengubah hidup anda sehingga ada yang menggunakan tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan, pernikahan, pertunangan, declare couple, malam pertama dan sebagainya. Tapi tahukah anda, ada yang pergi dan tidak kembali dimana jasad diam kaku, dan roh ditarikh oleh Sang Izrail pada tarikh ini ? Dan setiap pemergian akan diganti dgn hasil sperma yang dipancut ke ovari dan terjadinya seketul daging kemudian ditiup roh kedalamnya yang apabila dilahirkan, ia akan menangis terlebih dahulu dan saat itu yang paling bahagia adalah seorang perempuan bergelar ibu.

Jadi, tanggal 11/12/13 ini mungkin istimewa bagi sesetengah manusia di tanah bumi, namun beringatlah juga, mungkin tidak bagi sesetengah pihak.

Untuk aku, tarikh ini tiada makna. Hanya aku berbekal buku untuk test dan assignment yang harus dikejar due date nya.

SEKIAN.
The End