Suke celoteh saye klik sini ;)

The Queen

My photo
Nama aku Aisyah. Aku mempunyai pelbagai karakter. Menjaga hati orang bukan kepandaian aku. So, don't say I didn't warned you if you get hurt by my words. Hi ! Really pleasure to know you ;)

Monday, April 01, 2013

Vacation atau rehat ?

Vacation. Rest. Bercuti. Rehat.

Siapa yang nak bercuti ni? Aku? Memang la aku tengah sibuk buang masa kat rumah. 6 bulan. Tade la habis habis diploma terus berholiday. Aku tak segila tu. Aku nak jugak cari duit poket sendiri dulu. Dah penuh. Berkepuk-kepuk dompet tu baru la berjimba ye dak ? 

Sekarang ni dah lari tajuk. 

Vacation, rest, bercuti atau rehat yang aku maksudkan tu untuk hati. HATI or HEART. Siapa punya? Aku lah.

Hati ini. Hati yang kecik. Empunya tuan badan pon kecik je. Dah penat sebenarnya. Remuk. Rabak. Pecah. Hancur. Banyak kali. Tapi, kental. Kuat. Gagah namun cepat Fragile ni mampu untuk berdetak-detup lagi. Penat. Tapi masih bernyawa. Aku bangga dengan hati. Kalau kau pun bangga ye dak?

Dikecewa. Kecewa sebab mengharap terlalu sangat. Orang kata "Too much much expectation leads to disappointment". Tapi aku tak mengharap sangat pon boleh kecewa. Apa ntah lagi yang terlalu mengharap. Jadi aku assume, Orang kalau tak bagi harapan, kita takkan mengharap ye dak? Senang kata, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Tapi kalau tepuk kedua-dua? Kau sendiri tahu kan bunyi ke tidak.

Sudahlah dikecewa. Dipermainkan pulak. Mana tak rabak. Dipermainkan. Penat bermain tahu? "Takde niat nak mainkan perasaan awak." Pernah kau dapat macam ni? Haa, ni macam kau rasa eskem dekat Baskin Robin's tu tapi kau tade niat nak beli pon eskem tu sebenarnye. Kesian salesperson. Kejam kau buat macam tu. Customer always right? Go die with that quotes. Ape kau ingat semua custemor cakap betol ke? Mana hak salesperson pulak kan? Jangan nak pakai sangat kata "Customer always right" tu. Sebab kadang-kadang customer pon salah jugak cume bila tanak ngaku mula la gune ayat tu. Okay. Back to reality. Takde niat nak mainkan perasaan? Kemon lah ! Everything kalau kita mula sesuatu of course mule dengan NIAT. Tak kira sengaja or tak sengaja pon. Kalau takde niat kenapa bermain dengan api. Ye dak? Dah tahu yang main dengan api buat apa kan? 

Aku kecewa dengan orang mcam ni. Takde KOMITMEN. Kenapa? Okay, kalau nak berkawan, kau buat cara nak berkawan. Friendzone siap siap. Pompuan hati kan fragile. Kalau kau tak letak friendzone, maka hanyut la dia. Jangan la kau nak ber "I miss you" or jeles or "Only you". Jangan. Jangan kalau niat sekadar nak jadi kawan. 

Satu lagi aku kecewa is orang yang pasang kekasih gelap ni. Sama. NO COMMITMENT. Mana pergi kesetiaan? Kejujuran? Yang girlfie tu, tolong la jangan nak salahkan pihak ketiga. Macam yang aku kata awal tadi, BERTEPUK SEBELAH KANAN TAK BERBUNYI, TAPI KEDUA-DUA BERTEPUK? Yes, kau rasa third party gatal sebab layan. Tapi kau nak salahkan dia sorang? Tak rasa kesian ke kat dia kena simpan rasa dia tu? Tak boleh show in public. Sekadar Kekasih Gelap or Skandal? Dia dikira bitch kalau dia cuba break kan hubungan lagi satu. Tapi, kalau dia sekadar melihat kebahagiaan korang couple, boleh in public, lepas tu dia? Kau fikir tak? Tak semua bitch. Kadang kadang, third party ni, dia pernah larikan diri, jauh, tapi tak boleh. Makin jauh lari, makin dekat laki tu datang. Nak salahkan sapa? 

So, bila hati dah penat bermain, penat kecewa, dia pon cakap nak rehat. Vacation katanya. Sebab dia dah terlampau keliru. Kesian kat diri, ditipu, dipermain dan dikecewa. Jadi bak kata kawan aku, junior kat kampus ni, Si Lejen " hati perlu rehat lepas diajak bermain. Bagi rehat yang paling cukup baru boleh bagi dia berfungsi semula."  Ya, betol kata kau Lejen. 

Dan itulah yang aku hendak buat. Tapi, mampu ke aku? 

"Sometimes, all you need is a break. Even from the person you love the most in order to renew yourself."

The End